Bank Of England,London 2011

Senarai Geng Mamak..

Thursday, September 3, 2009

DASAR PANDANG KE TIMUR MAHATHIR AKAN TERLAKSANA..



yukio hatoyama(DPJ)


setelah sekian lama aku duk tunggu sambil main chess
akhirnya Ahad lepas...berlakulah satu pilihanraya
dalam sejarah peradaban di Jepun dimana
Jepun sbg sebuah negara teknologi dunia..
telah membuktikan bahawa kewibawaan rakyat
mereka berani menongkah arus...dalam mencatur
pimpinan kerajaan yang mereka duduki...

Kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ)
pada pilihan raya umum negara itu Ahad lalu
membuktikan rakyatnya berani membuat perubahan
demi masa depan yang lebih baik.

DPJ menewaskan parti pemerintah Jepun,
Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Taro Aso,
yang telah memerintah negara matahari tersebut
sehingga berkarat selama 54 tahun...

Taro Aso(LPD)


DPJ memenangi 308 daripada 480 kerusi di Dewan Rendah
pada pilihan raya Parlimen negara itu sekali gus
menamatkan tempoh lebih separuh abad pemerintahan konservatif LDP.

Hatoyama, 62, sebagai Perdana Menteri dalam
masa dua minggu dan beliau bersedia membentuk pakatan
dengan parti-parti sekutu lebih kecil seperti Parti
Demokratik Sosial dan Parti Baru Rakyat.

Hatoyama, bakal berdepan dengan penyucian semula...
segala jenis kotoran yang ditinggalkan oleh
pemimpin terdahulu, terutamanya dari segi penganguran
yang teruk berlaku di jepun...




Maka dengan itu...aku checkmate sgt berterima kasih kepada
mantan perdana menteri Malaysia chedet...yang telah
memperkenalkan "dasar pandang ke timur" ketika era
jajahan beliau sbg pemerintah negara Malaysia..

Dasar yang diperkenalkan Mahathir ini,
dikatakan telah berjaya berikutan rakyat Malaysia kini
sudah separuh daripada malaysia telah mencontohi
pemikiran rakyat negara jepun...buktinya dengan kemenangan
Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim mac 2008 lalu...




dan gelombang ini bakal berterusan sehingga ke PRU13
yang dijangka diadakan pada 2011..pada ketika ini
usia pemerintahan kerajaan UMNO-BN akan menjangkau
54 tahun...sama seperti kerajaan Parti Liberal demokrasi (LDP)
yang tumbang pada usia 54 tahun...

adakah dasar pandang ke timur ciptaan Mahathir ini
akan menjadi kenyataan?

jawapanya ialah pada pilihanraya umum ke 13 dimana
usia UMNO-BN 54tahun...sama-samalah kita tunggu...

nukilan checkmate...

No comments: